Saturday, August 2, 2008

Tandas Masjid Kotor

Assalamu 'alaikum.
Saya kerap singgah di masjid dan surau di dalam perjalanan sama ada semasa bertugas (menyelia praktikum, aktiviti out-door, mesyuarat dll) atau balik kampung dan bercuti. Memang itu sudah menjadi 'agenda' perjalanan saya dan keluarga. Saya percaya ramai yang berbuat demikian dan mereka menemui situasi yang sama seperti apa yang akan saya bicarakan.
Kalau tak silap ingatan saya, lebih 40% daripada masjid dan surau yang yg pernah saya singgahi, keadaan tandasnya "menyedihkan"; daif, kotor, tidak sempurna, tidak terurus, tersumbat... Bahkan ada sesetengahnya membimbangkan muslimat kerana tiada kunci/selak. Mungkin tulisan ini lebih "touching" kalau saya upload beberapa keping gambar sebagai bahan bukti. Sekalipun saya suka mengambil gambar tapi tak sampai hati untuk "shoot".
Satu kes yang paling dahsyat, mungkin boleh disebutkan sebagai top in the list, sepanjang pengalaman saya, ialah tandas sebuah masjid kecil tapi dua tingkat di tepi jalan utama di pinggir bandar Kuala Terengganu Darul Iman. Maaf rakan-rakan dari T'ganu, tapi Masjid Kristal bersih & indah. Ketika itu saya dan isteri dalam perjalanan dari JB ke Gong Badak (tugas rasmi). Sebelum berwuduk saya terpaksa ke tandas dulu untuk qada hajat tapi... masya Allah, kedua-dua tandas yg saya buka, kotor ekstrim (tak cukup ayat nak digambarkan) dan tersumbat pula. Saya tak jadi masuk sedangkan pundi-pundi dah sendat. Saya cuba cari penyelesaiannya. Bila dah terdesak apapun boleh jadi. Lalu saya ke belakang surau, intai peluang tandas wanita. Keadaannya baik sikit tapi setakat gred D . Legaaa...tapi sedih dan malu. Pada masa yg sama ada dua orang Pakistan singgah untuk solat di situ. Tak malu ke?
Pelik bagaimana AJK surau, ahli kariah dan JKKK di situ boleh membiarkannya begitu saja. Jabatan Agama atau agensi yg berkaitan tak sensitif ke? YB DUN berkenaan tak dimaklumkan ke atau tak sempat lawat kawasan? Terengganu Darul IMAN, sedangkan kebersihan sebahagian daripada Iman.
Kadang-kadang saya bilas dan bersihkan sikit-sikit tandas masjid/surau yg saya guna tapi di situ "tak dapek den nak nolong", teruk sangat, mahu 3 botol Clorox.
Keadaan itu bukan hanya di Terengganu, tempat lainpun tak jauh beza.
Tak payahlah kita jerit kat AJK, JKKK, Jab. Agama, ADUN dll. "Sendri mau ingatlah brader" Kita sendiri ambil tindakan, buat apa yang boleh untuk menjaga kebersihan tandas kariah kita, sepatah kata orang utara "kita pakat-pakat buat".

No comments: