Asalamu 'alaikum
Cari Rezki semestinya menjadi agenda hidup seemua orang dewasa yang waras. Malahan al-Quran dan Nabi s.a.w. mewajibkan umatnya mencari rezki yg halal.
Beberapa mingu lepas saya memandu ke Kuala Lumpur dan singgah di R&R Ayer Keroh (alhamdulillah, rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kemudahan ini, alangkah baiknya kalau ada sepeti itu di lebuhraya Madinah - Mekah). Semasa nak keluar tandas saya ternampak seorang pekerja pembersihan tandas yg sudah berumur lalu saya menyapanya.
"Sihat Pakcik ye, masih boleh kerja".
"Dah kena kerja... nak cari makan" jawabnya ringkas tapi tersirat keluhan. Tanpa ditanya Pakcik meluahkan rungutannya "Cuba engkau fikir gaji RM11 sehari dari pukul 3 sampai 11 mlm cukup ke?" "Lepas tu tolak bayar van RM65 sebulan...nak pegi makan kat kedai pun aku berkira".
Saya amat simpati dengar keluhan Pakcik tu. Kata-katanya menusuk qalbu (hati)...
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment