Sunday, July 13, 2008

Pintu Gelora Nafsu

A'uzu billahi minasy-syaitanir-rajim
Bismillahir-rahmanir-rahim

Dalam posting yang lalu saya menyentuh 12 faktor pendorong zina yang dipetik daripada buku tulisan Abdul Lotif Hajis al-Ghomidi. Saya kira molek kiranya diperturunkan di sini satu daripada 12 faktor tersebut secara ringkas iaitu "Pandangan Mata = an-nazhar". Beliau menulis;
"Pandangan mata merupakan punca terbesar yang mendorong penzinaan dan tersebar luasnya kekejian daripada hal yang dilarang. Ia akan menyebarkan keburukan dan menjadi pendorong pelbagai kerosakan".
"Seorang pemuda memandang sesuatu yang boleh membangkitkan naluri nafsunya lalu dia akan mencari jalan dan helah untuk melempiaskannya. Ke mana saja dia pergi, syahwat sentiasa mengiringinya".

Apakah yang tidak boleh dipandang?
Wanita?... bukan, kerana ada wanita yang sunat dipandang... ibu kita.
Lelaki dilarang memandang aurat wanita ajnabiah (bukan mahram). Bukan itu saja, termasuk juga gambar, video/filem, MMS etc. sama ada imej lengkap atau hanya organ-organ tertentu.
Satu kisah tauladan. Guru disiplin di sebuah sekolah menengah telah merampas sebuah telefon selular seorang pelajar perempuan (pelajar dilarang membawa HP). Alangkah terkejut dan dahsyatnya bila ditemui dalam folde MMS beberapa gambar tidak senonoh teman lelakinya. Dia juga mengaku mengirim imej possingnya yang panas kepada mamat tu.
Astaghfirullah, itulah realiti di kalangan sebahagian remaja dan belia kini yang mengetuk dan membuka pintu zina melalui "pandangan mata". Pelbagai medium, mudah dan menarik terhidang di pasaran tanpa sepadan. Wanita menampilkan diri tanpa hijab, bersolek dan berpakaian yang sengaja menarik perhatian. TV - pelbagai saluran yang berlumba-lumba merebut penonton, panggung wayang dan video memaparkan mesej cinta berahi tidak bermoral serta adegan yang mencuit nafsu.

Ya Allah lindungilah mataku dan mata ahli keluargaku daripada ujian nafsu yang tidak mampu kami hadapinya. Peliharalah nafsu kami daripada godaan dan tipu daya yang menewaskan kewarasan akal soleh. Amin.


No comments: