Thursday, July 24, 2008

Pautan Web Yang Istimewa

Assalamu 'alaikum
Kali ini Pakngah ingin mengwarwarkan dan selanjutnya berkongsi laman web Islami yang canggih dan amat berguna kepada mereka yang suka mendampingi al-Quran untuk mencari ayat, mendengar tilawah al-Quran dan sebagainya (Quran Explorer). Satu lagi laman web (E-jawi) bagi peminat tulisan Jawi atau mereka yg nak belajar atau mengajar ejaan Jawi tapi tak pasti ejaan yang betul boleh manfaatkan Jawi Converter tu.

Sebenarnya sayapun baru dapat daripada seorang rakan saya, pensyarah Inst. Perguruan Islam Selangor, dia ajar saya. Kini giliran saya pula memanjangkannya kepada tuan/puan.

Sesungguhnya saya amat berbangga dengan inisiatif dan kebijaksanaan teknokrat ICT Muslim yang berusaha gigih untuk memberi sumbangan dan beramal jariah di persada maya tak bersempadan ini. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka.

Kedua-dua pautan tu ada di sebelah kanan ruangan blog ni. Selamat mencuba.

Tuesday, July 22, 2008

Lagi Gambar di Tg. Surat









1) Bengkel Asas Membatik (bagi ibu-bapa dan guru)
Nampaknya berjaya menarik minat beberapa bakat terpendam.





2) Menikmati hidangan istimewa hidangan ketam, siput gonggong & ikan fresh serta durian. Layanan 4 star oleh warga SK Tg. Surat & penduduk kampung.



.

Sunday, July 20, 2008

Projek Salinatan di Tg Surat ( 2 )





Taklimat dan slot motivasi untuk muris-murid dan ibu bapa (bergabung) pd malam pertama.

Saturday, July 19, 2008

Projek Salinatan di Tg Surat ( 1 )



Projek bakti masyarakat model Pensiangan Salinatan di Sabah ini dijayakan oleh IPTI dgn kerjasama PPD Kota Tinggi di S.K Tg. Surat pada 16 - 18 Julai 2008. 3 kelompok sasar iaitu;
i- murid-murid (khasnya tahun 6 - gabungan SK Tg. Buai, SK Pasir Gogok, SK Sg. Papan & SK Tg. Surat)
ii-guru-guru (bimbingan kemahiran kelas bercantum dan ICT dlm pengajaran)
iii-ibu bapa (teknik membatik)

Bimbingan Bahasa Malaysia UPSR
Untuk ke Tg. Surat boleh menaiki bot dari Jeti Tg. Belungkor atau jeti tradisional Kg. Belungkor. Saya bersama seorang rakan sekerja yg bertolak lewat kerana ada tugas penting mengambil bot penambang di jeti Kg. Belungkor dgn tambang RM1.50 seorang bagi perjalanan hanya selama 3 minit.












Sunday, July 13, 2008

Pintu Gelora Nafsu

A'uzu billahi minasy-syaitanir-rajim
Bismillahir-rahmanir-rahim

Dalam posting yang lalu saya menyentuh 12 faktor pendorong zina yang dipetik daripada buku tulisan Abdul Lotif Hajis al-Ghomidi. Saya kira molek kiranya diperturunkan di sini satu daripada 12 faktor tersebut secara ringkas iaitu "Pandangan Mata = an-nazhar". Beliau menulis;
"Pandangan mata merupakan punca terbesar yang mendorong penzinaan dan tersebar luasnya kekejian daripada hal yang dilarang. Ia akan menyebarkan keburukan dan menjadi pendorong pelbagai kerosakan".
"Seorang pemuda memandang sesuatu yang boleh membangkitkan naluri nafsunya lalu dia akan mencari jalan dan helah untuk melempiaskannya. Ke mana saja dia pergi, syahwat sentiasa mengiringinya".

Apakah yang tidak boleh dipandang?
Wanita?... bukan, kerana ada wanita yang sunat dipandang... ibu kita.
Lelaki dilarang memandang aurat wanita ajnabiah (bukan mahram). Bukan itu saja, termasuk juga gambar, video/filem, MMS etc. sama ada imej lengkap atau hanya organ-organ tertentu.
Satu kisah tauladan. Guru disiplin di sebuah sekolah menengah telah merampas sebuah telefon selular seorang pelajar perempuan (pelajar dilarang membawa HP). Alangkah terkejut dan dahsyatnya bila ditemui dalam folde MMS beberapa gambar tidak senonoh teman lelakinya. Dia juga mengaku mengirim imej possingnya yang panas kepada mamat tu.
Astaghfirullah, itulah realiti di kalangan sebahagian remaja dan belia kini yang mengetuk dan membuka pintu zina melalui "pandangan mata". Pelbagai medium, mudah dan menarik terhidang di pasaran tanpa sepadan. Wanita menampilkan diri tanpa hijab, bersolek dan berpakaian yang sengaja menarik perhatian. TV - pelbagai saluran yang berlumba-lumba merebut penonton, panggung wayang dan video memaparkan mesej cinta berahi tidak bermoral serta adegan yang mencuit nafsu.

Ya Allah lindungilah mataku dan mata ahli keluargaku daripada ujian nafsu yang tidak mampu kami hadapinya. Peliharalah nafsu kami daripada godaan dan tipu daya yang menewaskan kewarasan akal soleh. Amin.


Friday, July 11, 2008

HUBAYA HUBAYA ZINA

Sebuah buku kecil (Mengekang Gelora Nafsu) versi terjemahan daripada Bahasa Arab yang saya beli pada bulan Mei lalu sungguh menarik, informatif, mudah dan berkesan. Penulisnya membicarakan fenomena berleluasanya zina dan kelahiran anak zina dalam masyarakat.
Antara apa yang ditulis dalam mukaddimahnya beliau memetik Hadith Nabi s.a.w. daripada Maimunah r.A.ha "Umatku sentiasa dalam keadaan baik selama mana tidak tersebar di kalangan mereka anak zina. Sekiranya hal itu berlaku dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara menyeluruh".
Seterusnya dihurai 12 faktor pendorong zina;
1- Lemah iman
2- Tidaktakut balasan siksa Allah
3- Pandangan mata
4- Lemah pengawasan/pemantauan bapa/suami keatas anak/isteri
5- Internet
6- Percampuran lelaki-perempuan
7- Telefon/selfon
8- Tidak cemburu terhadap isteri/anak perempuan (dayus)
9- Rasa selamat daripada "su'ul khatimah"
10-Perempuan musafir (travel) seorang diri
11-Bahan bacaan lucah
12-Mendengar nyanyian yang mendorong kepada cinta berahi

Penulis mengulas dengan jelas serta diselitkan dengan cerita benar. Jika nak tahu lebih lanjut eloklah baca ataupun mungkin bagus juga kalau saya muatkan ringkasannya dalam ruangan ini. Amacam?

Thursday, July 3, 2008

Kisah Bekas Paderi Amerika Peluk Islam

Former Christian Priests and Missionaries who have Embraced Islam

Sila lawati laman www.missionislam.com/indext.htm bawah "Comparative Religion"

Banyak lagi kisah-kisah lain yg boleh dijadikan bahan dakwah.